Jika ukuran air sampai 40 kolah, tidak akan menjadi najis

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "إذا بلغ الماء أربعين قلة لم يحمل الخبث".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Jika ukuran air sampai 40 kolah, tidak akan menjadi najis”.


STATUS

Tidah sahih


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 7, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن جابر مرفوعا، وقال: لا يصح، خلط فيه القاسم ابن عبد الله العمري، واستدركه السيوطي فقال: له طريق أخرى عن جابر، أخرجها الدارقطنى فى سننه.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Jabir secara marfu’ (yang disandar kepada Nabi), Ibn ‘Adi berkata: Hadith ini tidak sahih, seorang perawi di dalamnya yang bernama al-Qasim Ibn Abdillah al-Umari telah melakukan kesalahan, al-Suyuthi mengomentar bahawa hadith ini mempunyai jalan yang lain melalui Jabir yang diriwayatkan oleh al-Daraqutni di dalam kitab Sunan.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs