Tidah sahih

30/06/2024

minit bacaan



Jika ukuran air sampai 40 kolah, tidak akan menjadi najis

Teks Bahasa Arab

حديث: "إذا بلغ الماء أربعين قلة لم يحمل الخبث".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Jika ukuran air sampai 40 kolah, tidak akan menjadi najis”.

Sahabat Perawi

  1. Jabir

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tidah sahih

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 7, hadis no. 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن جابر مرفوعا، وقال: لا يصح، خلط فيه القاسم ابن عبد الله العمري، واستدركه السيوطي فقال: له طريق أخرى عن جابر، أخرجها الدارقطنى فى سننه.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Jabir secara marfu’ (yang disandar kepada Nabi), Ibn ‘Adi berkata: Hadith ini tidak sahih, seorang perawi di dalamnya yang bernama al-Qasim Ibn Abdillah al-Umari telah melakukan kesalahan, al-Suyuthi mengomentar bahawa hadith ini mempunyai jalan yang lain melalui Jabir yang diriwayatkan oleh al-Daraqutni di dalam kitab Sunan.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.