Jika tidak tinggal di dunia ini melainkan hanya sehari sahaja,

TEKS BAHASA ARAB

 لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إلا يَوْمٌ وَاحِدٌ لَبَعَثَ اللَهُ فِيهِ رَجُلاً اسْمُهُ اسْمِي وَخُلُقُهُ خُلُقِي يُكْنَى أَبَا عَبَدَ الله

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika tidak tinggal di dunia ini melainkan hanya sehari sahaja, nescaya Allah akan mengutuskan seorang lelaki namanya seperti namaku, akhlaknya seperti akhlakku, beliau digelar sebagai Abu Abdullah.

STATUS

Dalam sanadnya terdapat al-Abbas bin Bakkar, hadisnya tidak dapat dijadikan hujah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Disebutkan oleh Abu Nu’aim di dalam kitab al-Mahdi daripada hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah berkata, sabda Rasulullah SAW:
لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إلا يَوْمٌ وَاحِدٌ لَبَعَثَ اللَهُ فِيهِ رَجُلاً اسْمُهُ اسْمِي وَخُلُقُهُ خُلُقِي يُكْنَى أَبَا عَبَدَ الله
“Jika tidak tinggal di dunia ini melainkan hanya sehari sahaja, nescaya Allah akan mengutuskan seorang lelaki namanya seperti namaku, akhlaknya seperti akhlakku, beliau digelar sebagai Abu Abdullah.”
Tetapi di dalam sanadnya terdapat al-Abbas bin Bakkar, hadisnya tidak dapat dijadikan hujah.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon