TEKS BAHASA ARAB
لولا ما طبع الركن من أنجاس الجاهلية وأرجاسها، وأيدى الظلمة والأثمة، لاستشفي به من كل عاهة، ولألفي اليوم كهيئته يوم خلقه الله، وإنما غيره الله بالسواد؛ لأن لا ينظر أهل الدنيا إلى زينة الجنة، وليصيرن إليها، وإنها لياقوتة بيضاء من ياقوت الجنة، وضعه الله حين أنزل آدم في موضع الكعبة قبل أن تكون الكعبة، والأرض يومئذ طاهرة؛ لم يعمل فيها شيء من المعاصي، وليس لها أهل ينجسونها، فوضع له صف من الملائكة على أطراف الحرم يحرسونه من سكان الأرض، وسكانها يومئذ الجن، لا ينبغي لهم أن ينظروا إليه لأنه شيء من الجنة، ومن نظر إلى الجنة؛ دخلها، فليس ينبغي أن ينظر إليها إلا من وجبت له الجنة، فالملائكة يذودونهم عنه، وهم وقوف على أطراف الحرم يحدقون به من كل جانب، ولذلك سمي الحرم؛ لأنهم يحولون فيما بينهم وبينه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika tidak terzahir ke atas rukun najis-najis Jahiliyyah serta tangan orang yang zalim, nescaya ia akan sembuh dari segala kecacatan, dan akan kembali kepada keadaan seperti mana ia mula-mula dicipta oleh Allah, Allah mengubahnya menjadi hitam, supaya penduduk bumi tidak melihat kepada perhiasan syurga dan mereka akan menuju kepadanya, ia adalah permata Yakut berwarna putih dari permata-permata Yakut yang ada di syurga, Allah meletakkannya ketika Dia menurunkan Adam ke tempat Kaabah sebelum dia menjadi Kaabah, bumi pada ketika itu adalah suci bersih, tidak ada padanya sebarang maksiat, tidak ada penduduk yang mengotorkannya, lalu diletakkan padanya saf para malaikat di setiap penjuru al-Haram untuk melindunginya dari penduduk bumi. Penduduk bumi pada ketika itu adalah Jin. Mereka tidak boleh melihat kepadanya kerana ia adalah sesuatu yang berasal dari syurga. Sesiapa yang melihatnya akan memasuki syurga. Justeru ia tidak boleh dilihat kecuali oleh orang yang akan memasuki syurga. Lalu para malaikat melindunginya dalam keadaan mereka berdiri di atas penjuru al-Haram melindunginya dari pelbagai sisi. Oleh itu dinamakan sebagai al-Haram kerana mereka melindungi di antara mereka dan dia.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 726, hadis nombor 3703. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((لولا ما طبع الركن من أنجاس الجاهلية وأرجاسها، وأيدى الظلمة والأثمة، لاستشفي به من كل عاهة، ولألفي اليوم كهيئته يوم خلقه الله، وإنما غيره الله بالسواد؛ لأن لا ينظر أهل الدنيا إلى زينة الجنة، وليصيرن إليها، وإنها لياقوتة بيضاء من ياقوت الجنة، وضعه الله حين أنزل آدم في موضع الكعبة قبل أن تكون الكعبة، والأرض يومئذ طاهرة؛ لم يعمل فيها شيء من المعاصي، وليس لها أهل ينجسونها، فوضع له صف من الملائكة على أطراف الحرم يحرسونه من سكان الأرض، وسكانها يومئذ الجن، لا ينبغي لهم أن ينظروا إليه لأنه شيء من الجنة، ومن نظر إلى الجنة؛ دخلها، فليس ينبغي أن ينظر إليها إلا من وجبت له الجنة، فالملائكة يذودونهم عنه، وهم وقوف على أطراف الحرم يحدقون به من كل جانب، ولذلك سمي الحرم؛ لأنهم يحولون فيما بينهم وبينه)). [طب، ((الضعيفة)) (426)]
(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika tidak terzahir ke atas rukun najis-najis Jahiliyyah serta tangan orang yang zalim, nescaya ia akan sembuh dari segala kecacatan, dan akan kembali kepada keadaan seperti mana ia mula-mula dicipta oleh Allah, Allah mengubahnya menjadi hitam, supaya penduduk bumi tidak melihat kepada perhiasan syurga dan mereka akan menuju kepadanya, ia adalah permata Yakut berwarna putih dari permata-permata Yakut yang ada di syurga, Allah meletakkannya ketika Dia menurunkan Adam ke tempat Kaabah sebelum dia menjadi Kaabah, bumi pada ketika itu adalah suci bersih, tidak ada padanya sebarang maksiat, tidak ada penduduk yang mengotorkannya, lalu diletakkan padanya saf para malaikat di setiap penjuru al-Haram untuk melindunginya dari penduduk bumi. Penduduk bumi pada ketika itu adalah Jin. Mereka tidak boleh melihat kepadanya kerana ia adalah sesuatu yang berasal dari syurga. Sesiapa yang melihatnya akan memasuki syurga. Justeru ia tidak boleh dilihat kecuali oleh orang yang akan memasuki syurga. Lalu para malaikat melindunginya dalam keadaan mereka berdiri di atas penjuru al-Haram melindunginya dari pelbagai sisi. Oleh itu dinamakan sebagai al-Haram kerana mereka melindungi di antara mereka dan dia.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 426]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.