TEKS BAHASA ARAB
حديث: "يا عباس يا عماه ألا أعطيك ألا أمنحك ألا أحبوك ألا أفعل بك عشر خصال إذا أنت فعلت ذلك غفر الله لك ذنبك أوله وآخره قديمه وحديثه خطأه وعمده صغيره وكبيره سره وعلانيته. عشر خصال: أن تصلي أربع ركعات تقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وسورة فإذا فرغت من القراءة في أول ركعة وأنت قائم قلت: سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر خمس عشرة مرة ثم تركع فتقولها عشرا وأنت راكع ثم ترفع رأسك من الركوع فتقولها عشرا ثم تهوي ساجدا فتقولها وأنت ساجد عشرا ثم ترفع رأسك من السجود فتقولها عشرا ثم تسجد فتقولها عشرا ثم ترفع رأسك من السجود فتقولها عشرا فذلك خمس وسبعون في كل ركعة تفعل ذلك في أربع ركعات إن استطعت أن تصليها في كل يوم مرة فافعل فإن لم تفعل ففي كل جمعة مرة فإن لم تفعل ففي كل شهر مرة فإن لم تفعل ففي السنة مرة فإن لم تفعل ففي عمرك مرة".
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Wahai bapa saudaraku Abbas! Tidakkah aku berikan kepada engkau. Tidakkah aku kurniakan kepada engkau. Tidakkah aku beri hadiah istimewa. Tidakkah aku ajari sepuluh kebaikan. Jika engkau melakukannya Allah akan mengampunkan dosa engkau yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang terkemudian, yang sengaja dan yang tidak sengaja, yang kecik dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan. Sepuluh kebaikan tersebut adalah engkau solat sebanyak 4 rakaat. Engkau baca pada setiap rakaat al-Fatihah dan satu surah. Apabila engkau sudah selesai membacanya di rakaat pertama, sedang engkau berdiri, engkau ucapkan: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaha Illallah Wallahuakbar 15 kali, kemudian engkau ruku’ lalu kamu sebutnya sebanyak 10 kali. Kemudian engkau bangkit dari ruku’ lalu kamu sebutnya sebanyak 10 kali. Kemudian engkau sujud lalu kamu sebutnya 10 kali. Kemudian engkau bangkit dari sujud lalu kamu sebutnya sebanyak 10 kali. Kemudian engkau sujud semula, lalu kamu sebutnya sebanyak 10 kali. Kemudian engkau bangkit dari sujud lalu kamu sebutnya sebanyak 10 kali. Kesemuanya adalah 75 kali pada setiap rakaat. Engkau lakukan itu sebanyak 4 rakaat. Kalau engkau mampu untuk menunaikannya maka lakukanlah sehari sekali. Jika tidak mampu maka lakukan pada setiap Jumaat sekali. Kalau tidak mampu juga lakukanlah sebulan sekali. Jika tidak mempu lakukanlah setahun sekali. Jika tidak mampu, seumur hidup, sekali.”
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 37-38, hadis nombor 83. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رَوَاهُ الدَّارَقُطْنِيُّ عَنِ الْعَبَّاسِ مَرْفُوعًا مِنْ طَرِيقِ ابْنِهِ عَبْدِ اللَّهِ وَمِنْ طَرِيقِ أَبِي رَافِعٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لِلْعَبَّاسِ _ إلخ.
وَرَوَاهُ عَنِ الْعَبَّاسِ مِنْ طَرِيقٍ أُخْرَى عَنِ ابْنِ الديلمي عَنً الْعَبَّاسِ.
وَقَدْ أَوْرَدَ ابْنُ الْجَوْزِيِّ حَدِيثَ: "صَلاةِ التَّسْبِيحِ هَذَا فِي الْمَوْضُوعَاتِ.
وَقَالَ السُّيُوطِيُّ فِي اللآلىء مَا حَاصِلُهُ: أَنَّهُ أَخْرَجَ حَدِيثَ ابْنِ عَبَّاسٍ أَبُو دَاوُدَ وَابْنُ مَاجَهْ وَالْحَاكِمُ وَحَدِيثِ أَبِي رَافِعٍ أَخْرَجَهُ التِّرْمِذِيُّ وَابْنُ مَاجَهْ.
وَقَالَ ابْنُ حَجَرٍ: لا بَأْسَ بِإِسْنَادِ حَدِيثَ ابْنِ عَبَّاسٍ وَهُوَ مِنْ شَرْطِ الْحَسَنِ فَإِنَّ لَهُ شَوَاهِدَ تُقَوِّيهِ وَقَدْ أَسَاءَ ابْنُ الْجَوْزِيِّ بِذِكْرِهِ فِي الْمَوْضُوعَاتِ.
وَقَدْ رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ مِنْ حديث ابن عمرو بإسناد لا بَأْسَ بِهِ وَالْحَاكِمُ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ.
وَقَالَ فِي أَمَالِي الأَذْكَارِ: وَرَدَتْ صَلاةُ التَّسْبِيحِ مِنْ حَدِيثِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ وَأَخِيهِ الْفَضْلِ وَأَبِيهِمَا الْعَبَّاسِ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ وَأَبِي رافع وعلي ابن أَبِي طَالِبٍ وَأَخِيهِ جَعْفَرٍ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَرَجُلٍ أَنْصَارِيٍّ ثُمَّ سَاقَ تَخْرِيجَهَا جَمِيعًا ثُمَّ قَالَ: وَمِمَّنْ صَحَّحَ هَذَا الْحَدِيثَ أَوْ حَسَّنَهُ: ابْنُ مَنْدَهْ وَالآجُرِّيُّ وَالْخَطِيبُ وَأَبُو سَعْدٍ السَّمْعَانِيُّ وَأَبُو مُوسَى الْمَدِينِيُّ وَأَبُو الْحَسَنِ بْنُ الْمُفَضَّلِ وَالْمُنْذِرِيُّ وَابْنُ الصَّلاحِ وَالنَّوَوِيُّ وَالسُّبْكِيُّ وَآخَرُونَ.
وقال في اللآلىء: أَنَّهُ قَالَ الْحَافِظُ الْعَلائِيُّ: هُوَ صَحِيحٌ أَوْ حَسَنٌ وَكَذَا قَالَ الشَّيْخُ سِرَاجُ الدِّينِ فِي التَّدْرِيبِ وَالزَّرْكَشِيُّ.
وَقَالَ الْعُقَيْلِيُّ: لَيْسَ فِي صَلاةِ التَّسْبِيحِ حَدِيثٌ يُثْبِتُ.
وَقَالَ أَبُو بَكْرِ بْنُ الْعَرَبِيِّ: لَيْسَ فِيهَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ وَلا حَسَنٌ.
قال في اللآلىء والحق أَنَّ طُرُقَهُ كُلَّهَا ضَعِيفَةٌ وَأَنَّ حَدِيثَ ابْنِ عَبَّاسٍ يَقْرُبُ مِنْ شَرْطِ الْحَسَنِ إِلا أَنَّهُ شَاذٌّ لشدة الفردية فيه وَعَدَمِ الْمُتَابِعِ وَالشَّاهِدِ مِنْ وَجْهٍ مُعْتَبَرٍ وَمُخَالَفَةُ هَيْئَتِهَا لِهَيْئَةِ بَاقِي الصَّلاةِ.
al-Daraqutni meriwayatkan daripada al-Abbas secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi) daripada jalan riwayat anaknya Abdullah dan daripada jalan Abi Rafi daripada Nabi SAW bahawa nabi bersabda kepada al-Abbas… hingga akhir hadis.
al-Daraqutni juga meriwayatkan daripada jalan lain iaitu daripada Ibn al-Dailami, daripada al-Abbas.
Ibn Jauzi juga telah membawa riwayat solat tasbih ini dalam kitabnya al-Maudhu’at.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali menyatakan bahawa hadith Ibn Abbas diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ibn Majah, al-Hakim. Manakala Hadith Abu Rafi diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan ibn Majah.
Ibn Hajar berkata: Sanad hadith Ibn Abbas boleh diterima kerana ia mencukupi syarat hadith hasan kerana bagi hadith ini ada riwayat sokongan yang menguatkannya dan Ibn al-Jauzi telah tersilap memasukkan hadith ini di dalam kitabnya al-Maudhuat.
Abu Dawud meriwayatkannya dari hadith Ibn Amru dengan sanad yang boleh diterima dan al-Hakim meriwayatkannya daripada Ibn Umar.
Ibn Hajar berkata di dalam kitabnya Amali al-Azkar: Telah datang hadith solat tasbih daripada Abdullah bin Abbas dan saudaranya al-Fadl, daripada kedua bapa mereka, iaitu al-Abbas dan Abdullah bin Umar, Abi Rafi, Ali bin Abi Talib dan saudaranya Ja’far, Ummu Salamah, lelaki Ansar dan kemudian Ibn Hajar menghimpunkan semua riwayat hadith ini dan berkata: Di antara ulama yang menilai hadith ini sahih atau hasan adalah Ibn Mandah, al-Ajuri, al-Khatib, Abu Sa’ad al-Sam’ani, Abu Musa al-Madini, Abu Hasan bin Mufaddal, al-Munziri, Ibn Solah, al-Nawawi, al-Subki dan selainnya.
Al-Suyuthi berkata di dalam Kitabnya al-La’ali: Hadith ini dinyatakan oleh al-Hafiz ‘Alaie, sebagai sahih atau hasan seperti kata Sheikh Sirajuddin di dalam kitabnya al-Tadrib demikian juga pendapat al-Zarkasyi.
Al-Uqaili berkata: Tidak ada hadith solat tasbih yang sahih. Abu Bakar Ibn Arabi berkata: Tidak ada hadith berkenaan solat tasbih samaada sahih ataupun hasan.
Al-Suyuthi berkata: Dan yang benar adalah semua jalan periwayatanya adalah dhaif (lemah) dan hadith riwayat Ibn Abbas hampir darjatnya kepada hadith hasan akan tetapi ia adalah sangat Syaz (bersalahan dengan riwayat perawi thiqah yang lain) kerana berseorangan perawi meriwayatkannya dan tidak ada riwayat sokongan yang muktabar menyokongnya disamping amat berbeza kaifiatnya berbanding solat yang lain.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.