Jika tidak kerana wanita, pasti Allah akan disembah dengan cara yang betul

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لولا النساء لعبد اللَّه حقا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika tidak kerana wanita, pasti Allah akan disembah dengan cara yang betul.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 128. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لَا أصل لَهُ. قلت لَهُ شَاهد بِسَنَد فِيهِ مَتْرُوك بِلَفْظ» لَوْلا الْمَرْأَةُ لَدَخَلَ الرَّجُلُ الْجَنَّةَ”.

Hadith ini tiada asalnya. Saya katakan: Ia mempunyai syahid dengan sanad yang mana dalam sanad tersebut terdapat perawi yang matruk. Lafaz syahid tersebut ialah:
“Jika tidak kerana orang perempuan, pasti orang lelaki akan masuk syurga.”

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.