Hadith ini tiada asalnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَوْلا النِّسَاءُ لَعُبِدَ اللَّهَ حَقًّا.
Teks Bahasa Melayu
Jika tidak kerana wanita, maka Allah akan disembah dengan cara yang betul.
Sahabat Perawi
- Umar al-Khattab
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Hadith ini tiada asalnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 128. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لَا أصل لَهُ. قلت لَهُ شَاهد بِسَنَد فِيهِ مَتْرُوك بِلَفْظ» لَوْلا الْمَرْأَةُ لَدَخَلَ الرَّجُلُ الْجَنَّةَ".
Hadith ini tiada asalnya. Saya katakan: Ia mempunyai syahid dengan sanad yang mana dalam sanad tersebut terdapat perawi yang matruk. Lafaz syahid tersebut ialah: “Jika tidak kerana wanita, maka para lelaki akan masuk syurga.”
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman