Jika tidak kerana ia diberikan kepada golongan Muhajirin

TEKS BAHASA ARAB

جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: كدت أقتل بعدك في عناق، أو شاة من الصدقة، فقال: لولا أنها تعطى فقراء المهاجرين، ما أخذتها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW. Dia berkata: Hampir-hampir sahaja aku dibunuh kerana unta atau kambing zakat. Nabi SAW bersabda: Jika tidak kerana ia diberikan kepada golongan (fakir) Muhajirin, sudah pasti aku tidak mengambilnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1913, hadis nombor 9609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالله بن هلال الثقفي رضي الله عنه قال: جاء رجل الى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: كدت أقتل بعدك في عناق أو شاة من الصدقة فقال: لولا أنها تعطى فقراء المهاجرين ما أخذتها. [ن، ((الضعيفة)) (5715)]

(Lemah)
Daripada Abdullah Bin Hilal al-Thaqafi RA, beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW. Dia berkata: Hampir-hampir sahaja aku dibunuh kerana unta atau kambing zakat. Nabi SAW bersabda: Jika tidak kerana ia diberikan kepada golongan (fakir) Muhajirin, sudah pasti aku tidak mengambilnya. [Riwayat al-Nasaie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5715]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs