Jika tidak kerana Bani Israel

TEKS BAHASA ARAB

لولا أن بني إسرائيل قالوا: وإنا إن شاء الله لمهتدون؛ ما أعطوا أبدا، ولو أنهم اعترضوا بقرة من البقر فذبحوها؛ لأجزأت عنهم، ولكن شددوا، فشدد الله عليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika tidak kerana Bani Israel berkata: “Dengan izin Allah kami akan menjadi orang yang diberikan petunjuk”, sudah pasti mereka tidak akan diberikan selama-lamanya. Jika mereka hanya menyembelih sahaja mana-mana lembu, sudah pasti ia diterima. Akan tetapi mereka bersikap keras lalu Allah bersikap keras terhadap mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1913, hadis nombor 9607. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: لولا أن بني إسرائيل قالوا: {وإنا إن شاء الله لمهتدون}؛ ما أعطوا أبدا، ولو أنهم اعترضوا بقرة من البقر فذبحوها؛ لأجزأت عنهم، ولكن شددوا فشدد الله عليهم.
[ابن مردويه، ((الضعيفة)) (5555)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika tidak kerana Bani Israel berkata: “Dengan izin Allah kami akan menjadi orang yang diberikan petunjuk”, sudah pasti mereka tidak akan diberikan selama-lamanya. Jika mereka hanya menyembelih sahaja mana-mana lembu, sudah pasti ia diterima. Akan tetapi mereka bersikap keras lalu Allah bersikap keras terhadap mereka.
[Riwayat Ibn Marduwaih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5555]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs