Jika tidak berbaki dunia ini kecuali satu hari

TEKS BAHASA ARAB

 خَطَبَنَا النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ مَا هُوَ كَائِنٌ ثُمَّ قَالَ: لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلا يَوْمٌ وَاحِدٌ لَطَوَّلَ اللهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ رَجُلا مِنْ وَلَدِي اسْمُهُ اسْمِي

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi berkata kepada kami tentang apakah itu كائن. Kemudian baginda bersabda: jika tidak berbaki dunia ini kecuali satu hari, nescaya Allah akan memanjangkannya sehingga Dia membangkitkan seorang lelaki daripada keturunanku, namanya seperti namaku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Berkata at-Tabrani: Muhammad bin Zakaria al-Ghalabi telah menceritakan kepada kami, Abbad bin Bakkar telah menceritakan kepada kami, Abdullah bin Zaid, daripada al-A’masy, daripada Zirr bin Hubaisy, daripada Huzaifah berkata:
خَطَبَنَا النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ مَا هُوَ كَائِنٌ ثُمَّ قَالَ: لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلا يَوْمٌ وَاحِدٌ لَطَوَّلَ اللهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ رَجُلا مِنْ وَلَدِي اسْمُهُ اسْمِي
“Nabi berkata kepada kami tentang apakah itu كائن. Kemudian baginda bersabda: jika tidak berbaki dunia ini kecuali satu hari, nescaya Allah akan memanjangkannya sehingga Dia membangkitkan seorang lelaki daripada keturunanku, namanya seperti namaku.”
Tetapi sanad hadis ini lemah.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon