TEKS BAHASA ARAB
حديث: إذا أتى عليّ يوم لا أزداد فيه علما فلا بورك في طلوع شمس ذلك اليوم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Jika tiba satu hari kepadaku yang mana tidak bertambah ilmu pada hari tersebut, maka tiada keberkatan ketika matahari terbit pada hari itu
STATUS
Tidak Sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 275, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الطّبرانيّ في الأوسط عن عائشة مرفوعا. وفي إسناده: وضاع
Al-Tabarani meriwayatkan di dalam al-Ausath daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), sedangkan pada sanadnya ada pereka hadith.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.