Tidak sahih

30/06/2024

minit bacaan



Jika tiba satu hari kepadaku yang mana tidak bertambah ilmu pada hari tersebut, maka tiada keberkatan ketika matahari pada hari itu

Teks Bahasa Arab

حديث: إِذَا أَتَى عَلَيَّ يَوْمٌ لا أَزْدَادُ فِيهِ عِلْمًا فَلا بُورِكَ فِي طُلُوعِ شَمْسِ ذَلِكَ الْيَوْمِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Jika tiba satu hari kepadaku yang mana tidak bertambah ilmu pada hari tersebut, maka tiada keberkatan ketika matahari terbit pada hari itu

Sahabat Perawi

  1. ‘Aisyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tidak sahih

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 275, hadis no. 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الطّبرانيّ في الأوسط عن عائشة مرفوعا. وفي إسناده: وضاع

Al-Tabarani meriwayatkan di dalam al-Ausath daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), sedangkan pada sanadnya ada pereka hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.