Jika tiba pada malam pertengahan bulan Sya’ban maka bangunlah

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها وصوموا نهارها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika tiba pada malam pertengahan bulan Sya’ban maka bangunlah pada malam tersebut dan puasalah pada siang harinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في المختصر حديث صلاة نصف شعبان باطل ولابن حبان من حديث علي إذا كان ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها وصوموا نهارها، ضعيف.

Di dalam kitab al-Mukhtasar menyebut tentang hadith berkenaan solat pada pertengahan bulan Sya’ban. Ia adalah hadith yang batil. Ibn Hibban meriwayatkan satu hadith daripada Ali:
“Jika tiba pada malam pertengahan bulan Sya’ban maka bangunlah pada malam tersebut dan puasalah pada siang harinya.”
Ia adalah hadith lemah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs