Jika tiba malam Nisfu (pertengahan) Syaaban, akan datang satu suara memanggil

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان ليلة النصف من شعبان؛ نادى مناد: هل من مستغفر فأغفر له، هل من سائل فأعطيه؟ فلا يسأل أحد شيئا إلا أعطي، إلا زانية بفرجها، أو مشرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika tiba malam Nisfu (pertengahan) Syaaban, akan datang satu suara memanggil: Adakah orang yang memohon ampun, aku ingin mengampuninya. Adakah orang yang memohon sesuatu, aku ingin tunaikan permintaannya? Tidak ada orang yang meminta sesuatu pun kecuali akan diberikan, kecuali orang yang berzina ataupun syirik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 821, hadis nombor 4222. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن أبي العاص–رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا كان ليلة النصف من شعبان؛ نادى مناد: هل من مستغفر فأغفر له، هل من سائل فأعطيه؟ فلا يسأل أحد شيئا إلا أعطي، إلا زانية بفرجها، أو مشرك)).
[هب، ((الضعيفة)) (7000)]

(Lemah) Daripada Uthman bin Abi al-As RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika tiba malam Nisfu (pertengahan) Syaaban, akan datang satu suara memanggil: Adakah orang yang memohon ampun, aku ingin mengampuninya. Adakah orang yang memohon sesuatu, aku ingin tunaikan permintaannya? Tidak ada orang yang meminta sesuatu pun kecuali akan diberikan, kecuali orang yang berzina ataupun syirik.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7000]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs