TEKS BAHASA ARAB
حديث: إذا كان يوم القيامة نصب لإبراهيم منبر أمام العرش، ونصب لي منبر أمام العرش، ونصب لأبي بكر كرسي فيجلس عليه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Jika tiba hari kiamat, akan disediakan satu mimbar bagi Nabi Ibrahim di hadapan Arasy , disediakan juga mimbar untukku di hadapan Arasy, kemudian disediakan untuk Abu Bakar kerusi lalu beliau duduk di atasnya.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 333, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن معاذ مرفوعا. وفي إسناده: محمد بن أحمد الحليمي. قيل: هو مجهول. وقال الذهبي: أحاديثه منكرة. بل باطلة قال ابن ماكولا: الحمل عليه في هذا الحديث.
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Muaz secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya ada Muhammad bin Ahmad al-Halimi. Dikatakan: Dia adalah majhul (tidak dikenali). Al-Zahabi berkata: Hadith-hadithnya adalah munkar. Bahkan batil. Ibn Makula berkata: Segala kritikan ke atasnya adalah kerana hadith ini.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.