Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نُصِبَ لإِبْرَاهِيمَ مِنْبَرٌ أَمَامَ الْعَرْشِ، وَنُصِبَ لِي مِنْبَرٌ أَمَامَ الْعَرْشِ، وَنُصِبَ لأَبِي بَكْرٍ كُرْسِيٌّ فَيَجْلِسُ عَلَيْهِ - إلخ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Jika tiba hari kiamat, akan disediakan satu mimbar bagi Nabi Ibrahim di hadapan Arasy , disediakan juga mimbar untukku di hadapan Arasy, kemudian disediakan untuk Abu Bakar kerusi lalu beliau duduk di atasnya.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 333, hadis no. 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن معاذ مرفوعا. وفي إسناده: محمد بن أحمد الحليمي. قيل: هو مجهول. وقال الذهبي: أحاديثه منكرة. بل باطلة قال ابن ماكولا: الحمل عليه في هذا الحديث.
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Muaz secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya ada Muhammad bin Ahmad al-Halimi. Dikatakan: Dia adalah majhul (tidak dikenali). Al-Zahabi berkata: Hadith-hadithnya adalah munkar. Bahkan batil. Ibn Makula berkata: Segala kritikan ke atasnya adalah kerana hadith ini.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman