Jika terjadi gerhana pada bulan Muharam,

TEKS BAHASA ARAB

 إِذَا انْكَسَفَ الْقَمَرُ فِي الْمُحَرَّمِ: كَانَ الْبَلاءُ وَالْقِتَالُ وَشُغْلُ السُّلْطَانِ وَإِذَا انْكَسَفَ فِي صَفَرٍ كَانَ كَذَا وَكَذَا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika terjadi gerhana pada bulan Muharam, maka akan terjadi bala, peperangan dan kesibukan sultan. Sekiranya terjadi gerhana pada bulan Safar, maka akan terjadi sekian dan sekian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 8 Tarikh dan Peristiwa

Jika disebutkan di dalam hadis berkenaan tarikh dan peristiwa yang akan terjadi pada waktu sekian-sekian misalnya, “Pada tahun sekian akan terjadi sekian dan sekian atau pada bulan sekian akan terjadi peristiwa begitu dan begini.”

Sepertimana ucapan pendusta lagi jahat:
إِذَا انْكَسَفَ الْقَمَرُ فِي الْمُحَرَّمِ: كَانَ الْبَلاءُ وَالْقِتَالُ وَشُغْلُ السُّلْطَانِ وَإِذَا انْكَسَفَ فِي صَفَرٍ كَانَ كَذَا وَكَذَا
“Jika terjadi gerhana pada bulan Muharam, maka akan terjadi bala, peperangan dan kesibukan sultan. Sekiranya terjadi gerhana pada bulan Safar, maka akan terjadi sekian dan sekian.”
Pembohongan berlanjutan pada bulan-bulan lainnya. Hadis-hadis dalam bab ini adalah palsu.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon