Jika terjadi gerhana pada bulan Muharam, maka akan terjadi bala, peperangan dan kesibukan sultan

TEKS BAHASA ARAB

إذا انكسف القمر في المحرم: كان الغلاء والقتال وشغل السلطان وإذا انكسف في صفر كان كذا وكذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika terjadi gerhana pada bulan Muharam, maka akan terjadi bala, peperangan dan kesibukan sultan. Sekiranya terjadi gerhana pada bulan Safar, maka akan terjadi sekian dan sekian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 64, hadis nombor 107. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أن يكون في الحديث تاريخ كذا وكذا مثل قوله: "إذا كان سنة كذا وكذا وقع كيت وكيت وإذا كان شهر كذا وكذا وقع كيت وكيت" كقول الكذاب الأشر "إذا انكسف القمر في المحرم: كان الغلاء والقتال وشغل السلطان وإذا انكسف في صفر كان كذا وكذا" واستمر الكذاب في الشهور كلها وأحاديث هذا الباب كلها كذب مفترى.

Jika disebutkan di dalam hadis berkenaan tarikh dan peristiwa yang akan terjadi pada waktu sekian-sekian misalnya, “Pada tahun sekian akan terjadi sekian dan sekian atau pada bulan sekian akan terjadi peristiwa begitu dan begini.”
sepertimana ucapan pendusta lagi jahat:
إِذَا انْكَسَفَ الْقَمَرُ فِي الْمُحَرَّمِ: كَانَ الْبَلاءُ وَالْقِتَالُ وَشُغْلُ السُّلْطَانِ وَإِذَا انْكَسَفَ فِي صَفَرٍ كَانَ كَذَا وَكَذَا
“Jika terjadi gerhana pada bulan Muharam, maka akan terjadi bala, peperangan dan kesibukan sultan. Sekiranya terjadi gerhana pada bulan Safar, maka akan terjadi sekian dan sekian.”
Pembohongan berlanjutan pada bulan-bulan lainnya. Hadis-hadis dalam bab ini kesemuanya adalah palsu.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs