Jika telah berlalu daripada umatku 380 tahun, maka halal bagi mereka

TEKS BAHASA ARAB

 إِذَا أَتَتْ عَلَى أُمَّتِي ثَلاثُ مِئَةٍ وَثَمَانُونَ سَنَةً فَقَدْ حَلَّتْ لَهُمْ الْعُزْبَةُ وَالتَّرَهُّبُ عَلَى رُؤُوْسُ الْجِبَالِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika telah berlalu daripada umatku 380 tahun, maka halal bagi mereka untuk hidup membujang dan menjadi rahib di puncak-puncak gunung.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Hadis yang menyebut tarikh kejadian yang akan berlaku pada masa akan datang kesemuanya palsu. Antara contoh lain telah kami huraikan sebelum ini.
Seperti hadis:
إَذَا كَانَتْ سَنَةُ كَذَا وَكَذَا حَلَّ كَذَا وَكَذَا
“Jika tahun sekian dan sekian maka akan terjadi peristiwa demikian dan demikian.”

… Hadis lain:
إِذَا أَتَتْ عَلَى أُمَّتِي ثَلاثُ مِئَةٍ وَثَمَانُونَ سَنَةً فَقَدْ حَلَّتْ لَهُمْ الْعُزْبَةُ وَالتَّرَهُّبُ عَلَى رُؤُوْسُ الْجِبَالِ
“Jika telah berlalu daripada umatku 380 tahun, maka halal bagi mereka untuk hidup membujang dan menjadi rahib di puncak-puncak gunung.”
—————————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh al-Baihaqi dan al-Hakim. Kedua-duanya daripada jalan Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (3/475) dengan hukum hadis ini adalah maudhu’ (palsu). Rujuk: Mizan al-I’tidal (2/218), al-Lali’ al-Masnu’ah (2/394) dan Tanzih asy-Syariah (2/346). Rujuk (ms 125).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon