Jika solat telah didirikan

TEKS BAHASA ARAB

إذا أقيمت الصلاة فلا صلاة إلا المكتوبة إلا ركعتي الصبح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika solat telah didirikan (iqamah) maka tiada lagi solat yang lain melainkan solat fardu melainkan solat sunat dua rakaat subuh.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أبو هريرة رفعه «إذا أقيمت الصلاة فلا صلاة إلا المكتوبة إلا ركعتي الصبح» قال البيهقي هذه الزيادة لا أصل لها وفيه حجاج بن نصير وعباد بن كثير ضعيفان.

Daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan secara marfu’:
“Jika solat telah didirikan (iqamah) maka tiada lagi solat yang lain melainkan solat fardu melainkan solat sunat dua rakaat subuh.”
Al-Baihaqi berkata: Penambahan lafaz yang ada di dalam hadith ini tiada asalnya. Di dalam sanad hadith ini terdapat Hajjaj bin Nasir dan ‘Ibad bin Kathir. Kedua-duanya adalah perawi yang lemah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs