Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا وقف السائلُ على البابِ وَقَفَتِ الرحمةُ معه، قَبِلَها مَن قَبِلَها، ورَدَّها مَن رَدَّها، ومَن نظر إلى مِسْكِينٍ نَظَرَ رحمةٍ، نظر اللهُ إليه نَظَرَ رحمةٍ، ومَن أطال الصلاةَ خَفَّفَ اللهُ عنه القيامَ يومَ القيامةِ، (يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ)، ومَن أَكْثَرَ الدعاءَ قالت الملائكةُ: صوتٌ معروفٌ، ودعاءٌ مُسْتَجَابٌ، وحاجةٌ مَقْضِيَّةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Jika seseorang peminta sedekah itu berada di pintu rumah, maka rahmat datang bersamanya (buat orang yang didatangi), orang yang menerimanya akan mendapatkannya, orang yang menolaknya, akan terlepas dari mendapatkannya. Sesiapa yang memandang orang miskin dengan pandangan rahmat, Allah akan memandang kepadanya dengan pandangan rahmat. Sesiapa yang memanjangkan solat, Allah akan meringankan (urusan)nya untuk berdiri pada pada hari kiamat. “Pada hari di mana manusia berdiri di hadapan tuhan sekalian alam.” Sesiapa yang sering memperbanyakkan doa, maka malaikat akan berkata: Suara yang dikenali, doa yang mustajab, hajat yang pasti ditunaikan.
Sahabat Perawi
- Thaur
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 872, hadis no. 4464. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ثور مرفوعا: ((إذا وقف السائل على الباب وقفت الرحمة معه؛ قبلها من قبلها، وردها من ردها، ومن نظر إلى مسكين نظر رحمة؛ نظر الله إليه نظر رحمة، ومن أطال الصلاة خفف الله عنه القيام يوم القيامة، (يوم يقوم الناس لرب العالمين)، ومن أكثر الدعاء قالت الملائكة: صوت معروف، ودعاء مستجاب، وحاجة مقضية)). [حل، ((الضعيفة)) (2728)].
(Lemah) Daripada Thaur, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Jika seseorang peminta sedekah itu berada di pintu rumah, maka rahmat datang bersamanya (buat orang yang didatangi), orang yang menerimanya akan mendapatkannya, orang yang menolaknya, akan terlepas dari mendapatkannya. Sesiapa yang memandang orang miskin dengan pandangan rahmat, Allah akan memandang kepadanya dengan pandangan rahmat. Sesiapa yang memanjangkan solat, Allah akan meringankan (urusan)nya untuk berdiri pada pada hari kiamat. “Pada hari di mana manusia berdiri di hadapan tuhan sekalian alam.” Sesiapa yang sering memperbanyakkan doa, maka malaikat akan berkata: Suara yang dikenali, doa yang mustajab, hajat yang pasti ditunaikan.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2728].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman