Jika seseorang murid itu berada di hadapan gurunya, Allah akan membuka kepadanya 70 pintu rahmat

TEKS BAHASA ARAB

إذا جلس المتعلم بين يدي العالم فتح الله عليه سبعين بابا من الرحمة، ولا يقوم من عنده إلا كيوم ولدته أمه، وأعطاه الله بكل حرف ثواب سبعين شهيدا، وكتب له بكل حديث عبادة سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seseorang murid itu berada di hadapan gurunya, Allah akan membuka kepadanya 70 pintu rahmat dan tidak ada sesiapa yang bangun dari majlis ilmu tersebut kecuali dia (akan diampunkan dosanya) seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya. Allah juga akan memberikan kepada setiap huruf, pahala seperti pahala 70 orang syahid, dan dituliskan untuknya setiap hadis pahala beribadah setahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 52, hadis nombor 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في الذيل: إنه موضوع.

Dalam (kitab) al-Zail: Ia adalah palsu.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.