TEKS BAHASA ARAB
إذا بلغ العبد الأربعين خفف الله عنه حسابه فإذا بلغ الستين؛ رزقه الله الإنابة إليه، فإذا بلغ سبعين؛ أحبه أهل السماء، فإذا بلغ ثمانين سنة ثبت الله حسناته، ومحا عنه سيئاته، فإذا بلغ تسعين سنة؛ غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر، وشفعه في أهل بيته وكتب في أهل السماء : أسير الله في أرضه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika seseorang mencapai umur empat puluh tahun, maka Allah akan meringankan hisabnya. Apabila dia sudah mencapai umur enam puluh tahun, Allah SWT memberikan rezeki agar dia bertaubat. Apabila dia mencapai umur tujuh puluh tahun, ahli langit mencintainya. Apabila dia mencapai umur lapan puluh tahun, Allah SWT menetapkan kebaikannya dan memadam kesalahannya. Apabila dia mencapai sembilan puluh tahun, Allah akan mengampunkan dosanya yang lampau dan terkemudian. Allah juga memberikan keizinan kepadanya untuk memberikan syafaat kepada ahli rumahnya. Allah menulis tentangnya di kalangan penduduk langit: Tawanan Allah di bumi-Nya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1900 hadis nombor 9552. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
منكر)
عن عثمان بن عفان – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: إذا بلغ العبد الأربعين خفف الله عنه حسابه فإذا بلغ الستين؛ رزقه الله الإنابة إليه، فإذا بلغ سبعين؛ أحبه أهل السماء، فإذا بلغ ثمانين سنة ثبت الله حسناته، ومحا عنه سيئاته، فإذا بلغ تسعين سنة؛ غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر، وشفعه في أهل بيته وكتب في أهل السماء: أسير الله في أرضه.
[أبو يعلى، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5983)]
(Munkar)
Daripada Uthman Bin Affan RA. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika seseorang mencapai umur empat puluh tahun, maka Allah akan meringankan hisabnya. Apabila dia sudah mencapai umur enam puluh tahun, Allah SWT memberikan rezeki agar dia bertaubat. Apabila dia mencapai umur tujuh puluh tahun, ahli langit mencintainya. Apabila dia mencapai umur lapan puluh tahun, Allah SWT menetapkan kebaikannya dan memadam kesalahannya. Apabila dia mencapai sembilan puluh tahun, Allah akan mengampunkan dosanya yang lampau dan terkemudian. Allah juga memberikan keizinan kepadanya untuk memberikan syafaat kepada ahli rumahnya. Allah menulis tentangnya di kalangan penduduk langit: Tawanan Allah di bumi-Nya.
[Riwayat Abu Ya’la dan Ibn al- Jauzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.5983]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.