Jika seseorang memberikan jaminan keamanan kepada kamu dengan darahnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا أمنك الرجل على دمه، فلا تقتله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seseorang memberikan jaminan keamanan kepada kamu dengan darahnya, maka janganlah kamu membunuhnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 783, hadis nombor 4018. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رفاعة البجلي: دخلت على المختار بن أبي ‌عبيد ‌قصره، فسمعته يقول: ما قام جبريل إلا من عندي قبل، فهممت أن أضرب عنقه، فذكرت حديثا حدثناه سليمان بن صرد أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول إذا أمنك الرجل على دمه، فلا تقتله. [تخ، ه، حم، ((الضعيفة)) (2201)]

(Lemah) Daripada Rifaah al-Bajali berkata: Aku masuk berjumpa dengan al-Mukhtar bin Abi Ubaid ke dalam istananya, lalu aku mendengar dia berkata: Jibril tidak akan berdiri kecuali dari sisiku, lalu aku mahu menetak lehernya, lalu aku menyebut hadis yang disebutkan oleh Sulaiman bin Surad bahawa Nabi SAW bersabda: “Jika seseorang memberikan jaminan keamanan kepada kamu dengan darahnya, maka janganlah kamu membunuhnya.” Dia berkata: Dia memberikan jaminan kepadaku dengan darahnya namun aku membenci darahnya.” [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Ibn Majah dalam al-Sunan, Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2201]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs