Jika seseorang itu bersetubuh tanpa menyebut bismillah, maka jin-jin akan berada dizakarnya dan bersetubuh bersamanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا جامع الرجل ولم يسم؛ انطوى الجان على إحليله، فجامع معه، فذلك قوله: {لم يطمثهن إنس قبلهم ولا جان}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seseorang itu bersetubuh tanpa menyebut bismillah, maka jin-jin akan berada dizakarnya dan bersetubuh bersamanya. Yang demikian itu berkaitan dengan firman Allah: ‘Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin.’ (al-Rahman: 56).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1523, hadis nombor 7746. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر مقطوع) عن مجاهد-، قال: ((إذا جامع الرجل ولم يسم؛ انطوى الجان على إحليله، فجامع معه، فذلك قوله: {لم يطمثهن إنس قبلهم ولا جان})). [ابن جرير، ((الضعيفة)) (5777)].

(Munkar Maqtu’)
Daripada Mujahid, beliau berkata: Jika seseorang itu bersetubuh tanpa menyebut bismillah, maka jin-jin akan berada dizakarnya dan bersetubuh bersamanya. Yang demikian itu berkaitan dengan firman Allah: ‘Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin.’ (al-Rahman: 56).
[Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5777].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs