Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا جامعَ الرَّجلُ ولم يُسمِّ ؛ انطوى الجانُّ على إحليلِهِ ، فجامعَ معَهُ ، فذلكَ قولُه : لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنْسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
Teks Bahasa Melayu
Jika seseorang itu bersetubuh tanpa menyebut bismillah, maka jin-jin akan berada dizakarnya dan bersetubuh bersamanya. Yang demikian itu berkaitan dengan firman Allah: ‘Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin.’ (al-Rahman: 56).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1523, hadis no. 7746. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر مقطوع) عن مجاهد-، قال: ((إذا جامع الرجل ولم يسم؛ انطوى الجان على إحليله، فجامع معه، فذلك قوله: {لم يطمثهن إنس قبلهم ولا جان})). [ابن جرير، ((الضعيفة)) (5777)].
(Munkar Maqtu’) Daripada Mujahid, beliau berkata: Jika seseorang itu bersetubuh tanpa menyebut bismillah, maka jin-jin akan berada dizakarnya dan bersetubuh bersamanya. Yang demikian itu berkaitan dengan firman Allah: ‘Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin.’ (al-Rahman: 56). [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5777].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman