Jika seseorang hamba itu tidak diberkati pada hartanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا لم يبارك للعبد في ماله جعله الله في الماء ‌والطين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seseorang hamba itu tidak diberkati pada hartanya, Allah akan menjadikan (hartanya itu) dalam air dan tanah (musnah).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 598, hadis nombor 3086. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا لم يبارك للعبد في ماله جعله الله في الماء ‌والطين)). [ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل))، فر، ((الضعيفة)) (1919)].

(Sangat lemah) Daripada Ali RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Jika seseorang hamba itu tidak diberkati pada hartanya, Allah akan menjadikan (hartanya itu) dalam air dan tanah (musnah).) [Diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam Qisar al-Amal dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1919].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.