Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jika seseorang hamba itu berkurang amalannya

Teks Bahasa Arab

إذا قَصَّرَ العبدُ في العملِ ابتلاهُ اللهُ بالهَمِّ

Teks Bahasa Melayu

Jika seseorang hamba itu berkurang amalannya, maka Allah akan mengujinya dengan kesedihan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 783, hadis no. 4019. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحكم قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا قصر العبد في العمل ابتلاه الله بالهم. [عبد الله بن أحمد في ((زوائد الزهد))، خط، ((الضعيفة)) (2133)]

(Lemah) Daripada al-Hakam berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Jika seseorang hamba itu berkurang amalannya, maka Allah akan mengujinya dengan kesedihan.” [Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Zuhd, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2133]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.