Jika seseorang daripada kamu bersin maka ucapkanlah: Alhamdulillah

TEKS BAHASA ARAB

إذا عطس أحدكم فقال: الحمد لله، قالت الملائكة: رب العالمين، فإذا قال: رب العالمين، قالت الملائكة: رحمك الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seseorang daripada kamu bersin maka ucapkanlah: Alhamdulillah. Malaikat akan berkata: Rabb al-’Alamin (Tuhan semesta alam), jika kalian berkata: Rabb al-’Alamin (Tuhan semesta alam) maka malaikat akan berkata: Allah merahmati engkau.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 199, hadis nombor 1031. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا عطس أحدكم فقال: الحمد لله، قالت الملائكة: رب العالمين، فإذا قال: رب العالمين، قالت الملائكة: رحمك الله)). [طب، طس، الضياء، ابن السني، ((الضعيفة)) (2577)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika seseorang daripada kamu bersin maka ucapkanlah: Alhamdulillah. Malaikat akan berkata: Rabb al-’Alamin (Tuhan semesta alam), jika kalian berkata: Rabb al-’Alamin (Tuhan semesta alam) maka malaikat akan berkata: Allah merahmati engkau.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat, al-Diya’ dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2577]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs