Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا عَطَسَ أحدُكم فقال: الحمدُ للهِ، قالت الملائكةُ: ربِّ العالمينَ، فإذا قال: ربِّ العالمينَ، قالت الملائكةُ: رَحِمَكُ اللهُ.
Teks Bahasa Melayu
Jika seseorang daripada kamu bersin maka ucapkanlah: Alhamdulillah. Malaikat akan berkata: Rabb al-’Alamin (Tuhan semesta alam), jika kalian berkata: Rabb al-’Alamin (Tuhan semesta alam) maka malaikat akan berkata: Allah merahmati engkau.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 199, hadis no. 1031. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إذا عطس أحدكم فقال: الحمد لله، قالت الملائكة: رب العالمين، فإذا قال: رب العالمين، قالت الملائكة: رحمك الله)). [طب، طس، الضياء، ابن السني، ((الضعيفة)) (2577)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika seseorang daripada kamu bersin maka ucapkanlah: Alhamdulillah. Malaikat akan berkata: Rabb al-’Alamin (Tuhan semesta alam), jika kalian berkata: Rabb al-’Alamin (Tuhan semesta alam) maka malaikat akan berkata: Allah merahmati engkau. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat, al-Diya’ dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2577]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman