Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Jika seseorang daripada kalian melihat kala jengking ketika dia sedang menunaikan solat

Teks Bahasa Arab

إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ ‌عَقْرَبًا وَهُوَ يُصَلِّي فَلْيَقْتِلْهَا بِنَعْلِهِ الْيُسْرَى.

Teks Bahasa Melayu

Jika seseorang daripada kalian melihat kala jengking ketika dia sedang menunaikan solat, maka bunuhlah kala jengking itu dengan capal kirinya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1101, hadis no. 5581. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن رجل من بني عدي بن كعب: أنهم دخلوا على النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وهو يصلي جالسًا فقالوا: ما شأنك يا رسول الله؟ فقال: لسعتني عقرب ثم قال: إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ عَقْرَبًا وَهُوَ يُصَلِّي، فَلْيَقْتِلْهَا بِنَعْلِهِ الْيُسْرَى. [أبو داود في المراسيل، الضعيفة (7001)].

(Munkar) Daripada seorang lelaki daripada Bani ‘Adi bin Ka‘ab, bahawa mereka mahu menemui Nabi SAW. Ketika itu Baginda sedang menunaikan solat secara duduk. Mereka bertanya: Apa sudah terjadi pada kamu, wahai Rasulullah? Baginda berkata: Seekor kala jengking telah menyengat aku. Kemudian Baginda bersabda lagi: Jika seseorang daripada kalian melihat kala jengking ketika dia sedang menunaikan solat, maka bunuhlah kala jengking itu dengan capal kirinya. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7001]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.