Jika seseorang dari kalian meminjam sesuatu lalu ingin menghadiahkan sesuatu kepada yang memberi pinjam

TEKS BAHASA ARAB

إذا أقرض أحدكم قرضا فأهدي له، أو حمله على الدابة، فلا يركبها، ولا يقبله إلا أن يكون جرى بينه وبينه قبل ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seseorang dari kalian meminjam sesuatu lalu ingin menghadiahkan sesuatu kepada yang memberi pinjam, atau membawa pemberi pinjam itu di atas sebuah tunggangan, si pemberi pinjam tidak boleh naik tunggangan dan terima hadiah tersebut melainkan akad di antara mereka berdua telah dimeterai sebelum pinjaman itu berlaku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 770, hadis nombor 3936. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يحيى بن أبي إسحاق الهنائي، قال: سألت أنس بن مالك: الرجل منا يقرض أخاه المال فيهدي له؟ قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا أقرض أحدكم قرضا فأهدي له، أو حمله على الدابة، فلا يركبها، ولا يقبله إلا أن يكون جرى بينه وبينه قبل ذلك». [ه «الضعيفة» (1162)].

(Lemah) Daripada Yahya bin Abi Ishaq al-Hanaie berkata: Aku bertanya Anas bin Malik: Seseorang dari kami meminjam dari saudaranya sesuatu harta lalu dia ingin menghadiahkan ia kepadanya? Dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Jika seseorang dari kalian meminjam sesuatu lalu ingin menghadiahkan sesuatu kepada yang memberi pinjam, atau membawa pemberi pinjam itu di atas sebuah tunggangan, si pemberi pinjam tidak boleh naik tunggangan dan terima hadiah tersebut melainkan akad di antara mereka berdua telah dimeterai sebelum pinjaman itu berlaku.” [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1162]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs