Jika seorang yang melakukan haji pergi dengan menggunakan belanja yang baik

TEKS BAHASA ARAB

إذا خرج الحاج حاجا بنفقة طيبة، ووضع رجليه في الغرز، فنادى: لبيك اللهم لبيك، ناداه مناد من السماءِ: لبيك وسعديك، زادك وراحلتك حلال، وحجك مبرور غير مأزور، وإذا خرج بالنفقة الخبيثة فوضع رجله في الغرز فنادى: لبيك، ناداه مناد من السماء: لا لبيك ولا سعديك، زادك حرام، ونفقتك حرام، وحجك غير مبرور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seorang yang melakukan haji pergi dengan menggunakan belanja yang baik, dan meletakkan dua kakinya ke atas binatang tunggangannya dan berkata: Ya Allah aku menyahut panggilanmu, akan bersuara satu suara dari langit: Aku sahut panggilanmu dan ketaatanmu, bekalanmu juga kenderaanmu daripada sesuatu yang halal, maka hajimu diterima tanpa ada dosa. Jika dia keluar dengan belanja yang tidak halal dan meletakkan dua kakinya di atas kenderaannya dan berkata: Ya Allah aku menyahut panggilanmu, akan terdengar satu suara dari langit: Aku tidak menerima panggilanmu dan ketaatanmu, bekalanmu haram, kenderaanmu haram, maka hajimu tidak diterima.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 742, hadis nombor 3802. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه – مرفوعا: «إذا خرج الحاج حاجا بنفقة طيبة، ووضع رجليه في الغرز، فنادى: لبيك اللهم لبيك، ناداه مناد من السماءِ: لبيك وسعديك، زادك وراحلتك حلال، وحجك مبرور غير مأزور، وإذا خرج بالنفقة الخبيثة فوضع رجله في الغرز فنادى: لبيك، ناداه مناد من السماء: لا لبيك ولا سعديك، زادك حرام، ونفقتك حرام، وحجك غير مبرور».
[طس، «الضعيفة» (4403)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika seorang yang melakukan haji pergi dengan menggunakan belanja yang baik, dan meletakkan dua kakinya ke atas binatang tunggangannya dan berkata: Ya Allah aku menyahut panggilanmu, akan bersuara satu suara dari langit: Aku sahut panggilanmu dan ketaatanmu, bekalanmu juga kenderaanmu daripada sesuatu yang halal, maka hajimu diterima tanpa ada dosa. Jika dia keluar dengan belanja yang tidak halal dan meletakkan dua kakinya di atas kenderaannya dan berkata: Ya Allah aku menyahut panggilanmu, akan terdengar satu suara dari langit: Aku tidak menerima panggilanmu dan ketaatanmu, bekalanmu haram, kenderaanmu haram, maka hajimu tidak diterima.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4403]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.