Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا خرج الحاجُّ حاجًّا بنفقةٍ طيبةٍ، ووضع رجلَيهِ في الغرز، فنادى: لبيك اللهم لبيكَ، ناداه منادٍ من السماءِ: لبيك وسعديكَ، زادُك وراحلتُك حلالٌ، وحجُّكَ مبرورٌ غيرُ مأزورٌ، وإذا خرج بالنفقةِ الخبيثةِ فوضع رجلَه في الغرزِ فنادى: لبيك، ناداه منادٍ من السماءِ: لا لبيك ولا سعديكَ، زادُك حرامٌ، ونفقتُك حرامٌ، وحجُّك غيرُ مبرورٍ.
Teks Bahasa Melayu
Jika seorang yang melakukan haji pergi dengan menggunakan belanja yang baik, dan meletakkan dua kakinya ke atas binatang tunggangannya dan berkata: Ya Allah aku menyahut panggilanmu, akan bersuara satu suara dari langit: Aku sahut panggilanmu dan ketaatanmu, bekalanmu juga kenderaanmu daripada sesuatu yang halal, maka hajimu diterima tanpa ada dosa. Jika dia keluar dengan belanja yang tidak halal dan meletakkan dua kakinya di atas kenderaannya dan berkata: Ya Allah aku menyahut panggilanmu, akan terdengar satu suara dari langit: Aku tidak menerima panggilanmu dan ketaatanmu, bekalanmu haram, kenderaanmu haram, maka hajimu tidak diterima.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 742, hadis no. 3802. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه - مرفوعا: «إذا خرج الحاج حاجا بنفقة طيبة، ووضع رجليه في الغرز، فنادى: لبيك اللهم لبيك، ناداه مناد من السماءِ: لبيك وسعديك، زادك وراحلتك حلال، وحجك مبرور غير مأزور، وإذا خرج بالنفقة الخبيثة فوضع رجله في الغرز فنادى: لبيك، ناداه مناد من السماء: لا لبيك ولا سعديك، زادك حرام، ونفقتك حرام، وحجك غير مبرور». [طس، «الضعيفة» (4403)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika seorang yang melakukan haji pergi dengan menggunakan belanja yang baik, dan meletakkan dua kakinya ke atas binatang tunggangannya dan berkata: Ya Allah aku menyahut panggilanmu, akan bersuara satu suara dari langit: Aku sahut panggilanmu dan ketaatanmu, bekalanmu juga kenderaanmu daripada sesuatu yang halal, maka hajimu diterima tanpa ada dosa. Jika dia keluar dengan belanja yang tidak halal dan meletakkan dua kakinya di atas kenderaannya dan berkata: Ya Allah aku menyahut panggilanmu, akan terdengar satu suara dari langit: Aku tidak menerima panggilanmu dan ketaatanmu, bekalanmu haram, kenderaanmu haram, maka hajimu tidak diterima. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4403]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman