Jika seorang pelaku bidaah dan orang yang mendustakan al-qadar dibunuh dengan zalim

TEKS BAHASA ARAB

لو أن صاحب بدعة ومكذبا بقدر قتل مظلوما صابرا محتسبا بين الركن والمقام لم ينظر الله في شيء من أمره حتى يدخله جهنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seorang pelaku bidaah dan orang yang mendustakan al-qadar dibunuh dengan zalim dalam keadaan dia sabar dan mengharap pahala di antara rukun yamani dan maqam Ibrahim, Allah tidak akan memandang kepadanya dalam urusannya itu sehingga Dia memasukkannya ke dalam neraka Jahanam.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«لَوْ أَنَّ صَاحِبَ بِدْعَةٍ وَمُكَذِّبًا بِقَدَرِ قُتِلَ مَظْلُومًا صَابِرًا مُحْتَسِبًا بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ فِي شَيْءٍ مِنْ أَمْرِهِ حَتَّى يدْخلهُ جَهَنَّم» فِيهِ كثير بن سليم مضعف مَتْرُوك الحَدِيث وَقيل وَاضع. وَيحيى بن الْمُبَارك مَجْهُول.

Hadis “Jika seorang pelaku bidaah dan orang yang mendustakan al-qadar dibunuh dengan zalim dalam keadaan dia sabar dan mengharap pahala di antara rukun yamani dan maqam Ibrahim, Allah tidak akan memandang kepadanya dalam urusannya itu sehingga Dia memasukkannya ke dalam neraka Jahanam”. Dalam sanad hadis ini terdapat Kathir Bin Muslim, seorang perawi yang lemah dan ditinggalkan (matruk). Ada yang mengatakan beliau adalah seorang pencipta hadis palsu. Manakala Yahya Bin Al-Mubarak adalah seorang perawi yang majhul (tidak diketahui).

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs