Jika seorang pelajar duduk di hadapan seorang yang alim

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا جلس المتعلم بين يدي العالم فتح الله عليه سبعين بابا من الرحمة، ولا يقوم من عنده إلا كيوم ولدته أمه، وأعطاه الله بكل حرف ثواب ستين شهرا، وكتب الله بكل حديث عبادة سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seorang pelajar duduk di hadapan seorang yang alim, maka Allah SWT akan bukakan 70 pintu rahmat baginya. Dia tidak akan bangun dari majlis tersebut melainkan dia akan menjadi seperti hari di mana ibunya melahirkannya dan Allah akan memberikan bagi setiap huruf (yang dipelajarinya) pahala sebanyak 70 bulan dan Allah SWT menulis bagi setiap hadis (yang didengarinya) pahala ibadah selama setahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

جَابر رَفعه «إِذَا جَلَسَ الْمُتَعَلِّمُ بَيْنَ يَدَيِ الْعَالِمِ فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَبْعِينَ بَابًا مِنَ الرَّحْمَةِ وَلا يَقُومُ مِنْ عِنْدِهِ إِلا كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ وَأَعْطَاهُ اللَّهُ بِكُلِّ حَرْفٍ ثَوَابَ سِتِّينَ شَهْرًا وَكَتَبَ اللَّهُ بِكُل حَدِيث عبَادَة سنة» إِلَخ. مَوْضُوع بِلَا ريب.

Daripada Jabir yang diriwayatkan secara marfu’:
Maksudnya: “Jika seorang pelajar duduk di hadapan seorang yang alim, maka Allah SWT akan bukakan 70 pintu rahmat baginya. Dia tidak akan bangun dari majlis tersebut melainkan dia akan menjadi seperti hari di mana ibunya melahirkannya dan Allah akan memberikan bagi setiap huruf (yang dipelajarinya) pahala sebanyak 70 bulan dan Allah SWT menulis bagi setiap hadis (yang didengarinya) pahala ibadah selama setahun.” …hingga akhir hadis.
Hadis ini adalah palsu tanpa syak lagi.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.