TEKS BAHASA ARAB
إذا حج الرجل عن والديه تقبل منه ومنهما، واستبشرت أرواحهما في السماء، وكتب عنه الله برا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika seorang lelaki melakukan haji untuk ibu bapanya lalu diterima darinya dan dari mereka berdua. Bergembiralah roh mereka berdua di langit, dan ditulis darinya di sisi Allah sebagai kebaikan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 730, hadis nombor 3727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زيد بن أرقم – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا حج الرجل عن والديه تقبل منه ومنهما، واستبشرت أرواحهما في السماء، وكتب عنه الله برا)). [قط، ابن شاهين في ((الترغيب و الترهيب))، الأزدي في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (1434)]
(Lemah)
Daripada Zaid bin Arqam RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika seorang lelaki melakukan haji untuk ibu bapanya lalu diterima darinya dan dari mereka berdua. Bergembiralah roh mereka berdua di langit, dan ditulis darinya di sisi Allah sebagai kebaikan.
[Riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya, Ibn Syahin dalam al-Targhib wa al-Tarhib dan al-Azdi dalam hadisnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1434]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.