TEKS BAHASA ARAB
إذا حج رجل بمال من غير حله فقال: لبيك اللهم لبيك، قال الله: لا لبيك ولا سعديك، هذا مردود عليك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika seorang lelaki melakukan haji dengan harta yang tidak halal lalu berkata: Ya Allah aku datang menyahut panggilan-Mu. Allah berkata: Tidak ada yang menyahut panggilanmu, tidak diterima kepatuhanmu, haji ini tertolak daripadamu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 730, hadis nombor 3726. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا حج رجل بمال من غير حله فقال: لبيك اللهم لبيك، قال الله: لا لبيك ولا سعديك، هذا مردود عليك)). [ابن دوست في ((الفوائد العوالي))، عد، فر، ابن الجوزي في ((الواهية))، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (1433)]
(Lemah)
Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika seorang lelaki melakukan haji dengan harta yang tidak halal lalu berkata: Ya Allah aku datang menyahut panggilan-Mu. Allah berkata: Tidak ada yang menyahut panggilanmu, tidak diterima kepatuhanmu, haji ini tertolak daripada mu.
[Riwayat Ibn Daust dalam al-Fawaid al-Awali, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Duafa’, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws, Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiat dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1433]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.