TEKS BAHASA ARAB
إذا ضاع للرجل متاع، أو سرق له متاع، فوجده في يد رجل يبيعه، فهو أحق به، ويرجع المشتري على البائع بالثمن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika seorang lelaki kehilangan sesuatu barang atau dicuri, lalu ia menjumpainya pada tangan seorang lelaki yang menjualnya maka dia lebih berhak ke atasnya, dan orang yang membeli mestilah mengembalikan duit kepada penjual.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 777, hadis nombor 3980. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سمرة بن جندب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا ضاع للرجل متاع، أو سرق له متاع، فوجده في يد رجل يبيعه، فهو أحق به، ويرجع المشتري على البائع بالثمن)). [ه، قط، ((الضعيفة)) (1627)]
(Lemah) Daripada Samurah bin Jundub RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika seorang lelaki kehilangan sesuatu barang atau dicuri, lalu ia menjumpainya pada tangan seorang lelaki yang menjualnya maka dia lebih berhak ke atasnya, dan orang yang membeli mestilah mengembalikan duit kepada penjual. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Daraqutni dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1627]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.