Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jika seorang lelaki kehilangan sesuatu barang, atau dicuri

Teks Bahasa Arab

إذا ضاع للرجلِ متاعٌ، أو سُرِقَ له متاعٌ، فوجده في يَدِ رجلٍ يبيعُه، فهو أَحَقُّ به، ويَرجِعُ المشتري على البائعِ بالثمَنِ.

Teks Bahasa Melayu

Jika seorang lelaki kehilangan sesuatu barang, atau dicuri, lalu ia menjumpainya pada tangan seorang lelaki yang menjualnya maka dia lebih berhak ke atasnya, dan orang yang membeli mestilah mengembalikan duit kepada penjual.

Sahabat Perawi

  1. Samurah bin Jundub RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 777, hadis no. 3980. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة بن جندب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا ضاع للرجل متاع، أو سرق له متاع، فوجده في ‌يد ‌رجل يبيعه، فهو أحق به، ويرجع المشتري على البائع بالثمن)). [ه، قط، ((الضعيفة)) (1627)].

(Lemah) Daripada Samurah bin Jundub RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika seorang lelaki kehilangan sesuatu barang, atau dicuri, lalu ia menjumpainya pada tangan seorang lelaki yang menjualnya maka dia lebih berhak ke atasnya, dan orang yang membeli mestilah mengembalikan duit kepada penjual. [Riwayat Sunan Ibn Majah, Sunan al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1627].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.