Jika seorang lelaki itu bersin ketika imam sedang membaca khutbah pada hari Jumaat, maka hendaklah didoakan untuknya kebaikan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا عطس الرجل والإمام يخطب يوم الجمعة فيشمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seorang lelaki itu bersin ketika imam sedang membaca khutbah pada hari Jumaat, maka hendaklah didoakan untuknya kebaikan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1524, hadis nombor 7749. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن الحسن-، عن النبي صلى الله عليه وسلم – قال :((إذا عطس الرجل والإمام يخطب يوم الجمعة فيشمته)). [الشافعي في ((الأم))، هق، ((الضعيفة))(5665)].

(Sangat Lemah)
Daripada al-Hasan daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Jika seorang lelaki itu bersin ketika imam sedang membaca khutbah pada hari Jumaat, maka hendaklah didoakan untuknya kebaikan.
[Riwayat al-Shafie di dalam al-Um dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5665].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.