Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا عَطَسَ الرجلُ والإمامُ يَخْطبُ يومَ الجمعة فيُشَمِّته.
Teks Bahasa Melayu
Jika seorang lelaki itu bersin ketika imam sedang membaca khutbah pada hari Jumaat, maka hendaklah didoakan untuknya kebaikan.
Sahabat Perawi
- al-Hasan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1524, hadis no. 7749. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن الحسن-، عن النبي صلى الله عليه وسلم - قال :((إذا عطس الرجل والإمام يخطب يوم الجمعة فيشمته)). [الشافعي في ((الأم))، هق، ((الضعيفة))(5665)].
(Sangat Lemah) Daripada al-Hasan daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Jika seorang lelaki itu bersin ketika imam sedang membaca khutbah pada hari Jumaat, maka hendaklah didoakan untuknya kebaikan. [Riwayat al-Shafie di dalam al-Um dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5665].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman