TEKS BAHASA ARAB
إذا حلف لك الرجل؛ فلا يحل لك إلا أن تصدقه وإن كذب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika seorang lelaki bersumpah kepadamu, maka tidak boleh bagi engkau kecuali engkau membenarkannya walaupun dia berdusta.
STATUS
Sangat Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 806, hadis nombor 4151. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن معاوية –رضي الله عنه- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((إذا حلف لك الرجل؛ فلا يحل لك إلا أن تصدقه وإن كذب)).
[ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (5769)].
(Sangat Munkar) Daripada Muawiyah RA daripada Nabi SAW berkata: Jika seorang lelaki bersumpah kepadamu, maka tidak boleh bagi engkau kecuali engkau membenarkannya walaupun dia berdusta.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5769]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.