Jika seorang lelaki bersedekah dalam hidupnya dengan satu dirham lebih baik

TEKS BAHASA ARAB

لأن يتصدق الرجل في حياته بدرهم خير له من أن يتصدق بمائة عند موته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seorang lelaki bersedekah dalam hidupnya dengan satu dirham lebih baik darinya dari dia bersedekah 100 dirham ketika dia hampir mati

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 867, hadis nombor 4429. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لأن يتصدق الرجل في حياته بدرهم خير له من أن يتصدق بمائة عند موته)). [د، حب، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، الضياء، ((الضعيفة)) (1321)].

(Lemah)
Daripada Abu Said al-Khudri RA secara marfu’: “Jika seorang lelaki bersedekah dalam hidupnya dengan satu dirham lebih baik darinya dari dia bersedekah 100 dirham ketika dia hampir mati.”
[Riwayat Abu Daud dalam Sunan, Ibn Hibban dalam Sahih, al-Mukhallas dalam al-Fawaid al-Muntaqah, dan al-Dhiya dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1321].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs