Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya

30/06/2024

minit bacaan



Jika seorang hamba terdetik untuk meludah di dalam masjid

Teks Bahasa Arab

إِذَا هَمَّ الْعَبْدُ أَنْ يَبْزُقَ فِي الْمَسْجِدِ اضْطَرَبَتْ أَرْكَانُهُ وَانْزَوَى كَمَا تَنْزَوِي الْجِلْدَةُ فِي النَّارِ فَإِنْ هُوَ ابْتَلَعَهَا أَخْرَجَ اللَّهُ مِنْهُ اثْنَيْنِ وَسَبْعِينَ دَاءً وَكَتَبَ لَهُ بِهَا أَلْفَيْ حَسَنَةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Jika seorang hamba terdetik untuk meludah di dalam masjid, maka tiang masjid akan bergegar dan akan terasing sebagaimana terasingnya kulit di dalam neraka. Jika dia menelannya, Allah akan mengeluarkan tujuh puluh dua penyakit daripadanya dan menulis seribu kebaikan baginya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أنس رَفعه «إِذَا هَمَّ الْعَبْدُ أَنْ يَبْزُقَ فِي الْمَسْجِدِ اضْطَرَبَتْ أَرْكَانُهُ وَانْزَوَى كَمَا تَنْزَوِي الْجِلْدَةُ فِي النَّارِ فَإِنْ هُوَ ابْتَلَعَهَا أَخْرَجَ اللَّهُ مِنْهُ اثْنَيْنِ وَسَبْعِينَ دَاءً وَكَتَبَ لَهُ بِهَا أَلْفَيْ حَسَنَةٍ» تَعَاهَدُوا هَذِهِ الْمَسَاجِدَ بِالتَّجْصِيصِ وَالْقَنَادِيلِ وَالسُّرُجِ وَالرِّيحِ الطَّيِّبَةِ وَالتَّوَسُّعُ عَلَى أَهْلِيكُمْ بِالطَّعَامِ وَالإِدَامِ وَالْكُسْوَةِ فِي رَمَضَانَ" فِيهِ الْحُسَيْن بن علوان يضع وَأَبَان مَتْرُوك.

Daripada Anas yang diriwayatkan secara marfu’: “Jika seorang hamba terdetik untuk meludah di dalam masjid, maka tiang masjid akan bergegar dan akan terasing sebagaimana terasingnya kulit di dalam neraka. Jika dia menelannya, Allah akan mengeluarkan tujuh puluh dua penyakit daripadanya dan menulis seribu kebaikan baginya.” “Peliharalah masjid-masjid ini dengan kapur, lampu pelita, cahaya dan bau-bauan yang wangi serta berilah ahli keluarga kalian makanan, lauk-pauk dan pakaian pada bulan Ramadan”. Di dalam sanadnya terdapat al-Husain Bin Ulwan. Beliau antara individu yang memalsukan hadis. Aban pun adalah seorang perawi matruk.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.