Jika seorang hamba perempuan dibebaskan dalam keadaan dia masih isteri kepada seorang hamba lelaki

TEKS BAHASA ARAB

إذا أعتقت الأمة ‌وهي ‌تحت العبد، فأمرها بيدها، فإن هي أقرت حتى يطأها، فهي امرأته، لا تستطيع فراقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seorang hamba perempuan dibebaskan dalam keadaan dia masih isteri kepada seorang hamba lelaki, maka berikanlah dia pilihan, jika dia bersetuju sehingga suaminya menyetubuhinya, maka ia adalah isterinya yang tak mampu berpisah dengannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 783, hadis nombor 4017. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أمية الضمري قال سمعت رجالا من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم يتحدثون أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا أعتقت الأمة ‌وهي ‌تحت العبد، فأمرها بيدها، فإن هي أقرت حتى يطأها، فهي امرأته، لا تستطيع فراقه. [حم، ((الضعيفة)) (2335)]

(Lemah) Daripada Umayyah al-Dhamri berkata: Aku mendengar seorang lelaki dari sahabat Rasulullah SAW berbicara bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang hamba perempuan dibebaskan dalam keadaan dia masih isteri kepada seorang hamba lelaki, maka berikanlah dia pilihan, jika dia bersetuju sehingga suaminya menyetubuhinya, maka ia adalah isterinya yang tak mampu berpisah dengannya.” [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2335]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs