Jika seorang hakim duduk di tempatnya, akan turun dua malaikat membetulkannya

TEKS BAHASA ARAB

إذا جلس القاضي في مكانه، هبط عليه ملكان يسددانه ويوفقانه ويرشدانه، ما لم يجر، فإذا جار عرجا وتركاه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seorang hakim duduk di tempatnya, akan turun dua malaikat membetulkannya, membantunya dan memberikan panduan kepadanya selagi mana dia tidak melakukan kezaliman, jika dia melakukan kezaliman maka mereka berdua (kedua-dua malaikat itu) akan terbang dan meninggalkannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 831, hadis nombor 4266. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا جلس القاضي في مكانه، هبط عليه ملكان يسددانه ويوفقانه ويرشدانه ما لم يجر، فإذا جار عرجا وتركاه)).
[هق، خط، ((الضعيفة)) (2539)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika seorang hakim duduk di tempatnya, akan turun dua malaikat membetulkannya, membantunya dan memberikan panduan kepadanya selagi mana dia tidak melakukan kezaliman, jika dia melakukan kezaliman maka mereka berdua (kedua-dua malaikat itu) akan terbang dan meninggalkannya.
[Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā dan al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2539]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs