TEKS BAHASA ARAB
إذا مات أحدكم؛ فقد قامت قيامته؛ فاعبدوا الله كأنكم ترونه، واستغفروه كل ساعة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika seorang daripada kamu telah meninggal dunia, maka terjadilah baginya hari kiamat untuknya. Oleh itu, sembahlah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, dan mintalah keampunan daripada Allah setiap saat dan setiap masa.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2037 hadis nombor 10255. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا مات أحدكم، فقد قامت قيامته، فاعبدوا الله كأنكم ترونه، واستغفروه كل ساعة.
[فر، ((الضعيفة)) (5462)]
(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika seorang daripada kamu telah meninggal dunia, maka terjadilah baginya hari kiamat untuknya. Oleh itu, sembahlah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, dan mintalah keampunan daripada Allah setiap saat dan setiap masa.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5462]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.