Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَو تَعْلَمُونَ مِنَ الدُّنْيَا ما أعلَمُ؛ لاسْتَراحَتْ أنفسُكُم مِنْهَا.
Teks Bahasa Melayu
Jika sekiranya kamu mengetahui apa yang ada di dunia seperti mana aku tahu, maka nescaya jiwa kamu akan tenang dan selamat daripadanya.
Sahabat Perawi
- ‘Urwah bin al-Zubair dari ayahnya RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2025, hadis no. 10186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada ‘Urwah bin al-Zubair dari ayahnya RA secara marfu’ dan dari ‘Urwah secara mursal: Jika sekiranya kamu mengetahui apa yang ada di dunia seperti mana aku tahu, maka nescaya jiwa kamu akan tenang dan selamat daripadanya. [Riwayat Ibn Sham’un al-Wa’iz dalam al-Amali, Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4356]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman