TEKS BAHASA ARAB
إن أتخذ منبرا فقد اتخذه أبي إبراهيم وإن أتخذ العصا فقد اتخذها أبي إبراهيم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika saya memiliki mimbar, ia telah pun dimiliki oleh bapaku, Ibrahim. Dan jika saya memiliki tongkat, ia telah pun dimiliki oleh bapaku, Ibrahim.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1044, hadis nombor 5332. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن معاذ رضي الله عنه مرفوعا: إن أتخذ منبرا فقد اتخذه أبي إبراهيم وإن أتخذ العصا فقد اتخذها أبي إبراهيم. [الأشج في جزء من حديثه، الضعيفة (1680)]
(Munkar) Dari Mu‘az RA, secara marfu‘ daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Jika saya memiliki mimbar, ia telah pun dimiliki oleh bapaku, Ibrahim. Dan jika saya memiliki tongkat, ia telah pun dimiliki oleh bapaku, Ibrahim. [Riwayat al-Ashajj dalam Juz’ min al-Hadith. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1680]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.